Tak semua yang kita nak kita akan dapat dan tak semua yang kita ada akan kekal sampai bila-bila.

you left me , why ?





Hye assalamualaikum

Today, i would like to share something yang agak sensetif, i mean my mood currently unstable. So i think this entry will turn out to be mess bcs of my mood.

I dont know, semenjak dua menjak ni,sejak dah sambung study, benda yang orang selalu sebut sebut

 "makin kau besar, makin sikit kawan yang ada dengan kau" .


 Dulu, aku ingat benda ni merapu tau. Macam hekleh tipu gila, makin lama mestila makin ramai kawan, kita boleh approach dulu kenal kenal dengan kawan baru. Tak tipu. Aku pernah terfikir benda ni tau. Sekali benda ni jadi betul.

You know, memang betul kita boleh approach kawan baru, so that kawan kita jadi lagi ramai. but now Im talking about your real friend. Soulmate. Bestfriend. Cerita benda yang kau taktau nak cerita kat sapa. Yang complicated. Kau cerita kat dia. Dia bagi semangat, dia bagi solution. Dia dengar cerita kau. Yang percaya antara satu sama lain. Yang susah senang sama sama. Terima kekurangan kau. Yes. Im talking about this type of friend.

Well, mungkin setengah orang dia ada kawan yang macamtu, you know what? I envy. Bertuah sangat kalau kau ada kawan yang macamtu. Lagi lagi dari dulu sampai sekarang dia still ada dengan kau. Bukan sebab dia datang kat kau sebab kau lawa, kau kaya, kau pandai, kau femes. Tak. Tapi niat dia sebab dia ikhlas. Ikhlas nak kawan dengan kau. Awak, tahniah. Sebab ada sahabat yang macamni. Wujud sahabat yang macamni melengkapi hari hari kau. 🙂

Aku jealous sangat. Mestilah. Teringin kot nak dapat yang last longer. Aku ada dulu, tapi cuma jadi sebagai tempat persinggahan. Dah takde dah sekarang. Jumpa kawan baru, yang lama semestinya ditinggalkan ye tak. Haha

Aku envy, tengok kawan kawan sesekolah aku yang sekarang still contact dengan kawan lama rapat dorang. Cakap rindu. Cakap bila nak jumpa. Siap janji lagi nak jumpa lepas dah habis stp. Jumpa kat universiti. Ya Allah, envynya. Aku check ws story,aku check kat insta, kau post gambar dengan member member baru, ingat aku tak jealous? Hahaha memangla takde hak nak jealous sebab life kau. Aku jealous laaa sebab kita dulu selalu bergambar sama sama tapi tak pernah kau nak bangga show off kat orang yang kita rapat. Macamana kau buat kat member kau sekarang. Lain.

Mungkin la mungkin sebab aku hodoh sangat kot, malu la tu nak post gambar kite. Dah la hodoh, tak famous, yaaa faham faham. 😂 ,still aku sedihlaa jugak, the memories that we created together, is it a lie? Mungkin. Sebab kau dah tak cari aku dah sekarang. Aku cari kau ye pernahh. Tu memang selalu.

Ingat lagi our first meeting, its all were sweet and romantic gitew. Kalahh orang berchentaaa. Tapi tu la, tu semua sementara.

Aku mengaku, sekarang my life lebih ringan dari dulu. Dah takde beban nak fikir macamana nak jaga hati kawan, sebab apa tau, sebab aku lebih berhati hati nak cari kawan sekarang. Malas nak expose sangat diri aku kat orang lain. Kadang kita jadi alone pun bagus, tak kacau hidup orang, orang pun tak kacau hidup aku. Simple. Ada kawan dua orang tiga orang pun cukupla, tu pun kalau nak kawan dengan aku, kawan, taknak, you may left. Im okay.

Selagi aku tak sayang sangat, selagi tu aku tak kisah orang yang jenis datang and pergi ni. Bila dah sayang tu yang susah. Macamana aku dah kena dulu. :') ,aku taknak kena lagi. Jadi aku taknak dah sayang sangat kat orang ni.

Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu kau kawan, kenapa kau tinggalkan aku eh. Haha, kita bahagia kot dulu, tapi tu la. Tu dulu.

"mungkin kalau kita dah jauh, perasaan sayang tu hilang"

Aku still ingat lagi ayat ni. Allahu. Aku ingat lagi berapa kali aku nangis sebab ni. Taktaulah, Allah je kot tau betapa sayangnya aku kat kau sampaikan banyak kali aku nangis sebab kau, korbankan semua kot pasal kau. Sebab sayang kan? And all i got was you left me . Yaaa, mungkin kau tak tinggalkan aku pun, cuma tu lah. Masih contact tapi boleh kira berapa kali.

Aku sembang sikit, kau cakap kau busy. Okay. Kau busy. Aku busy jugak tapi aku cari masa kot. Carilah masa jugak even seminit pun nak text kau.

Kadang aku terfikir jugak, kenapa aku baik sangat ha? Tak i mean, kenapa kalau bab bab macamni, aku cepat sangat simpati, cepat sangat mengalah, kenapa tak hati batu je, pernah la jugak terfikir. Kenapa lah orang macam aku ni pun orang taknak hargai, lagi dibuang. Kang aku bertukar jadi power rangers karang.

Entahla, setakat ni, aku asyik heartbroke sebab kawan je la. Now, aku tau dah nak manage macamana pasal kawan ni. Memang i will never ever put a trust on people sesuka hati aku. Aku memang dah susah dah sekarang nak percaya manusia. Lantak situ. Biar aku jadi apa tu, jadi orang yang heartless, ye ah dah selalu kena macamni kan. Omg ni baru pasal kawan kot, belum pasal lelaki.

Gila do. Nasib baikla aku tak pernah lagi ada perasaan 'ingin' tu untuk bercinta. No way, im still young too think about love. Benda ni lagi boleh bawak masuk kes psychology kalau kena game ke kena tipu ke kena mintak clash ke apa ke semua ke. Gila lagi ah. 🙄 takpe, belum sampai masa aku nak fikir pasal semua ni sebab Allah dah tentukan jodoh untuk aku kot, sampai masa, insyaAllah ada. Aku letakkan kepercayaan aku kat Allah je.

So tu la aku nak share. Sedehhh kan? Sedih kot. Sedih ah rasa sunyi sangat weh sekarang tapi takpe ah. Aku tau Allah ada dengan aku.

Oh ye, im not talking abt one person only, its general. Untuk semua yang pernah datang and pergi dalam hidup aku. 😊

Untuk awak, awak, dan semua lah yang pernah hadir dalam hidup aku dan pergi tinggalkan aku,terima kasih untuk segalanya. Aku dah maafkan kau even aku tau memang kau takkan terfikir nak bukak blog aku sebab dah lupa aku kan haha takpelah, halalkan segalanya. Aku pun dah halalkan dah lol.

 Okayy so wa cau lu muah kiri kanan. Salam



Hafiza Ahmad


Share: