Tak semua yang kita nak kita akan dapat dan tak semua yang kita ada akan kekal sampai bila-bila.

temuduga ukm+usm



hello fellas!
harini rasa rajin nak post. Mulanya memang ada terfikir nak share pengalaman temuduga kat blog tapi sebab perangai malas tu mendominasikan diri aku, jadinya aku pun tangguh dan tangguh sampai sudah tak menulisnya.

temuduga ni dah lama dah, actually takdela lama mana lol ukm dengan usm date dia selang sehari je nasib baik la senang abah ambik cuti direct. 

ukm 24/5 & usm 25/5

aku memang apply 2 ni je yang ada interview, dua dua ni kos sama (sains sosial dengan kepujian(kerja sosial) ), maka makin mudahlah kerja aku kat situ. Ukm macam biasalah tempat interview dia kat tempat dia, Bangi. Tapi usm dia takdelah nak suruh aku pi penang sana sebab dia tau kan aku area shah alam dia bagi tempat dekat KL. 

skip to actual situation!

masa hari kejadian 24/5, lepas sahur tu terus aku mandi and siap siapkan dokumen yang patut aku ada. Sebab taknaklah lambat sampai kan nanti kabut nak cari fakultinya lagi. Universiti kan besauuu. otw gerak tu aku memang fikir macam macam lah dalam kepala otak aku apa aku nak cakap, aku imagine macamana interview dia sebab ye la aku tak pernah interview pun hehe kerja pun tak pernah kan. 

so sampai je ukm, cari parking. fakultinya dah jumpa dah,parking pulak masalah. weh susah do nak cari parking!!!! terpaksalah park jauh gilaaaa. exercise la gamaknya time time puasa gini. aku pelik jugak kenapa banyak sangat kereta takkan student semua bawak kereta........ 

masuk je dalam fakulti sains sosial&kemanusiaan,aku ambikla undi. weh aku undi ke 52?????? so maknanya dah ramai dah yang datang rupanya padahal aku rasa aku dah awal kot? pukul 8 masa interview tapi aku sampai area 8:15 camtulah tapi dah ramai. tudiaaaaa diorang subuh kat ukm ke macamana. tapi aku redha je la angka giliran lambat.

kitaorang kena tunggu dekat dalam dewan tun sri lanang la kot tak silap aku,aku lupa nama dewan tu. duduk je terus feeling habis haha! dah berangan macam macam dah. maklumlah memang dari dulu teringin sangat nak masuk ukm. about 1 hour later, tibalah turn aku. dia panggil la nombor 51-55. dah alang alang tu introduce la sikit kan dekat geng yang bakal ditemuduga bersama ni. sebab memang aku dah maklum temuduga ni secara berkumpulan tapi masa dalam bilik tu jawab sorang sorang.

masa intro dulu aku tanya jugakla dorang asal mana semua luar negeri sis!! ada johor,kedah,perak. tudiaaaa jauh kan! Tapi masa iv ni aku memang peramah jugakla, semua orang nak ditegurnya! Ok skip.

Tibalah masa yang dinantikan, ada akak abang senior ni bawak kitaorang nak pergi menuju ke tempat kejadian. Ada 5 bilik, and abang akak tu tanya korang nak bilik 4 ke bilik 5? Lepastu kitaorang macam pelik la. Apa beza bilik 4 dengan 5 haha! Lepastu dorang explain la bilik 4 pensyarah dia macamana, 5 macamana. Actually akak abang tu boleh je terus directly hantar kitaorang mana mana bilik yg tengah kosong. Kitaorang choose bilik 4 eventho time tu ada lagi orang kt dalam tgh interview.. Padahal bilik 5 dah kosong tau. Kah!! So end up kitaorang masuk la bilik 4.

Masuk je, ada dua pensyarah depan kitaorang. Aku punya grp 2 perempuan 3 lelaki. Helamakk masa start pensyarah tu suruh intro, yang lelaki semua perform habis weh. Aku pun apa lagi kena bertindak la kan?! Yang aku ingat soalan yang pensyarah bagi:

1)intro (speaking)
2)kenapa pilih kos ni
3)kes mana yang kita lebih minat untuk tolong (buli,dadah,oku,warga emas,hiv,anak yatim etc)
4)ada pernah terlibat mana mana program sukarelawan(kalau ada, elobrate)
5)kenapa ukm perlu ambik kita as their student

Ha tu je la kot. So pendek cerita, lecturer yang iv grp kitaorang best la, thanks to this one man from my group sebab dia kelakooo so mood dalam bilik tu dari tegang jadi meriah sebab gelak je. Paling tak boleh lupa, soalan no 5 tu, aku jawab aku nak kembangkan lagi pengetahuan pasal kos ni melalui socmed, and lecturer tu cakap "oh! Awak ni mesti influencer?" ngeh. Tersembur aku kat situ. Semua ketawa. Btw we end our iv with so much laughter la. A great memories.

Lepas dah habis iv, lega gila wehhhh. Sambil tu jalan la sekitar ukm. First time jejak kaki kat u. First time tengok suasana dia. Best sangat. Macam jatuh cinta pandang pertama weh. "oh macamni rupanya..." gitu. All went well la time ni.

So the next day...
Kena iv kat usm pulak!

Ok time ni, dah kureng la nervous dia. Memori pun tak banyak kat sini sebab hati i dah dekat ukm omfg!!! Tapi kena la buat yang terbaik kan mana la tau ukm taknak terima kita.....

So, sebabkan dah ada pengalaman iv dekat ukm, jadi relaks je la time ni. Usm kat penang tapi iv dia bagi kat kl, so masa sampai tu cari la tempat duduk... So i chose to duduk sebelah this one girl sebab sapa suruh dia senyum kat aku. Loooooll tiber. So masa sembang sembang sikit dengan dia, rupanya dia ni pun iv kat ukm jugak!! Tapi dia iv awal lagi la daripada aku. So masing masing share moments en.

Yang paling memorable, aku ajak dia ni pergi toilet. Lepastu!!!! Masa aku masuk tandas tu, pintu terkunci dari dalam la yallllll aku dah nervous gila babbbbssss weh. Kau bayangkan dah la takde ruang aku nak lompat atas ke bawah ke takde lubang langsung memang tandas tu well build and fully covered. Aku siap terfikir lagi nak tendang tandas tu kuat kuat tapi tu la tu semua dalam kepala je. Tapi nasib baik la aku try banyak kali bukak pintu tu tetiba terbukak sendiri. Gila do memang pergh orang kat luar tandas yg tunggu tu semua muka nervous gila takut aku memang terkunci betul habahahahahahaha ok.

Masa dalam bilik iv, sama jugak ada dua pensyarah. Soalan dia tanya
1) intro (english)
2) pensyarah bagi kes, and dia suruh kita solve. Apa yang kita nak buat.

Part kes tu, pensyarah bagi dua kes. And basically memang psiko habis lah wehhh. Takut gueeeee.

Kes pertama:
You duduk dengan pesakit hiv ni dekat satu table. Time ni dah nak berbuka puasa. Lepastu pesakit hiv ni ada bawak bekal makanan. Dia pulak nak share bekal yang dia bawak tu dengan you. You nak tak kongsi makanan tu dengan dia?

Kes kedua:
You visit pesakit hiv, lepastu ada satu pesakit ni hulur tangan nak salam dengan you, you nak sambut balik hulur tangan kat dia?

You know how lecturer ni trick mind kita? Depa boleh tambah cakap "tak takut kena jangkit?" "tangan dorang ada nanah tu kudis semua tu". Level psiko dorang boleh tahan sissssss. Macam macam la jawapan my grp bagi. Lepastu ada sorang ni jawab "sambut tangan dia tapi pakai sarung tangan"

Lepastu baru la lecturer tu bagi jawapan, "pesakit hiv ni takde masalah pape pun. Dia takkan jangkit pun kalau awak share makanan dengan dia, awak salam dia ke. Yang cuma jadi masalah bila share jarum suntik. Tu je." 

Lepastu dia jawab la part sarung tangan tu "cuba awak ada dekat tempat dia, awak nak salam tapi orang tu pakai sarung tangan. Apa perasaan awak? Sedih tak? Sebabtu sebab kan mentaliti kita ni, persepsi kita yang salah ni menyebabkan pesakit hiv hadapi masalah kemurungan, rasa dorang tak layak nak hidup, sebab kita punya mentaliti"

Wah...time ni masa dia bagi penerangan tu, aku macam dapat satu pengetahuan baru tau. Nampak sangat kitaorang malas membaca and terlampau terikut sangat pandangan orang without knowladge. 

So tu je la pengalaman yang aku boleh share. Hihi actually nak post ni lama dah. Dah lama ada dalam draft. Tapi baru nak post harini sebab dulu nak post awal takut tak dapat mana mana kan. Malu je hahahaahhahaha harini confident la sikit. Gonna update again after dapat result ok! Bye!







Share: